Tuesday, December 24, 2013

mari belajar bahasa jepun

ohaiyou gozaimas! haaa. penggemar rancangan tv jepun mesti tahu apa maksudnya. so di pagi yang indah ni diselang seli dengan bunyi kokokan ayam jantan aku nak share sesiket ucapan-ucapan seharian dalam bahasa jepun.

ucapan selamat :

#terima kasih - arigatou/doumo ('arigatou' kebiasaanya digunakan untuk ucapan dengan penuh rasa hormat. 'doumo' pulak untuk perkara atau hal yang kecik)

#sama-sama - doi tashi mashitte

#selamat pagi - ohaiyou gozaimas

#selamat tengahari -konichiwaa (kebiasaannya konichiwa digunakan untuk menyapa seseorang/sekumpulan. lebih kurang macam hello,hai,woi ha gitu lah)

#selamat petang - konbanwa

#selamat malam - oyasumi nasai

#selamat tinggal - sayonara (kebiasaannya sayonara digunakan apabila hendak berpisah dalam tempoh masa yang lama. dan mungkin kita susah nak berjumpa lagi dengan seseorang/sekumpulan. dia macam kita ucap selamat tinggal with an honour lah)

#selamat jalan/hati-hati/selamat tinggal - ki wo tsukette (kebiasaannya digunakan kalau seseorang/sekumpulan nak keluar pergi kerja, sekolah dsb.)

#selamat pulang - okaeri (kebiasaanya ucapan ni digunakan untuk seseorang yang kembali dari tempat yang dia tuju. macam dia keluar dari rumah keluar ke mana-mana then dia balik ke rumah semula)

lain-lain ucapan :

#saya pergi dulu - ittekimasu (kebiasaannya kita ucap benda ni kalau kita nak keluar rumah ke. atau lepas jumpa seseorang/sekumpulan)

#selamat jalan - itterashai (kebiasaannya kita ucap bila seseorang yang kita jumpa tu nak pergi ke tempat lain. atau macam kita nak keluar dari rumah kita sebut 'ittekimas'. orang dalam rumah akan sebut 'itterashai')

#saya dah balik/pulang- tadaimaa

tu jelah sesiket yang aku tahu based on observation dari anime,blogwalking,usya laman web. kalau ada salah mohon lah diperbetulkan. arigatou kozaimasta! ^_^

Sunday, December 22, 2013

denai kehidupan

pagi yang hening. ditemani kicauan unggas. kokokan ayam sekali sekala sahut sahutan. mata dicelikkan. lantas syukur diucapkan. manusia pendosa masih mampu bernafas. masih mampu mencelikkan mata sesudah tidur yang lena. apakah Maha Pencipta ingin menduga. apakah ini istidraj. manusia pendosa itu bermonolog. seharian manusia pendosa ini bernafas, dia masih lagi melanggar perintah-Nya. apakah dia tidak takut pada azab dunia. apakah dia tidak takut pada azab akhirat. jawapannya tidak. dia takut. disebabkan kerapuhan iman. disebabkan nafsu yang tak terbendung. benteng imannya runtuh. saban hari dia merenung jauh. apakah dia akan diampunkan. Ya Allah. sesungguhnya dia tidak punya jawapan. saban hari dia melakukan dosa. saban hari juga dia memohon keampunan. kadangkala terdetik di hati kecil ini perasaan malu. ya malu. berapa ramai manusia telah dia goda untuk membuat kejahatan bersamanya. dia minta maaf pada kalian. sesungguhnya syaitan telah menggodanya. benteng imannya runtuh. Ya Allah. sesungguhnya manusia pendosa ini mahu berubah. berikan manusia pendosa ini kekuatan untuk berubah. tetapkanlah hati manusia pendosa ini kepada-Mu Ya Rabb. manusia pendosa ini memohon keberkatan hidup dari-Mu. manusia pendosa ini ingin bahagi dalam hidupnya Ya Rabb. ampunkanlah dosa manusia ini. ampunkanlah dosa orang yang dia sayangi. ampunkanlah dosa manusia yang telah dia pengaruhi untuk membuat kejahatan. sesungguhnya manusia pendosa ini ingin istiqomah di jalan-Mu. selagi mana Kau memberinya waktu untuk bertaubat.

-manusia pendosa-