Thursday, February 27, 2014

akan datang.....

menulis tanpa pena kira dah jadi habit sekarang. dulu adalah jugak menulis. tapi tak macam sekarang. boleh kata kerap lah jugak sekarang ni. aku menulis bila aku rasa aku nak menulis. penulisan aku tulus tanpa sebarang sekatan ditambah dengan sedikit kiasan.

ada yang boleh faham gaya penulisan macam ni. ada yang tak faham. ada jugak yang tak faham terus menuduh tanpa mengerti apa yang aku tulis. tapi aku tak kisah. nak maki. nak marah. terpulang pada si pembaca.

'di hujung jalan nanti kau akan tahu kesan ke atas jalan yang kau pilih'. jika hari ini kau memilih untuk malas akan datang kau tak dapat apa-apa hasil. jika hari ini kau memilih untuk bertindak maka akan datang akan adalah hasilnya.

kesilapan aku pada bab pilih memilih ni. kadang-kadang aku rasa aku dah buat pilihan yang betul tapi tak lama lepas tu. timbul banyak masalah. bila terlalu banyak jalan. dan semua jalan hampir sama hasilnya.

tapi aku sendiri tak sedar bila rancangan aku terhadap sesuatu yang aku pilih boleh berubah jadi -ve. kau boleh fahamkan. itulah sebabnya 'kita merancang tuhan menetukan'.

jika hari ini aku merancang untuk bahagia tak mustahil tuhan datangkan masalah dalam jalan aku menempuh bahagia. jika hari ini aku memilih untuk bersedih. tak mustahil tuhan datangkan bahagia di saat kau bersedih.

maka dengan itu, aku, kau, dia dan mereka perlu percaya pada rancangan yang dibuat. usaha dahulu kemudian tawakkal. jika hasilnya bukan seperti yang kau inginkan. maka jangan kau bersedih. sesungguhnya tuhan tak menurunkan dugaan tanpa dapat dibebani oleh hambanya.

-pandangan jauh di kaki langit-

0 comments:

Post a Comment