Sunday, May 11, 2014

hujan ~

aku rasa entri ni ada kaitan dengan entri lama. tapi aku nak up jugak.

kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita nak. kadang-kadang benda yang kita pilih. tak mendatangkan hasil. useless. itu memang selalu terjadi bila diberi banyak pilihan. ada benda kita perlu. ada benda kita tak perlu tapi nafsu kata perlu. macam sekarang ni lah. nak rumah lah. nak motor besar lah. nak pc lah. macam-macam nak.

its not about how much u can choose. its about how u choose wisely. how u choose correctly. semua pasal ketepatan dalam pilihan kau. bila kau dah stick dengan sesuatu. kau putuskan untuk berusaha ke arah itu. then go with it. kenapa kau nak kena fikir negatif bila kau dah buat pilihan. manusia selalu macam tu.

manusia selalu tak fikir risiko, baik buruk sebelum buat pilihan. dah buat pilihan tetiba jadi sesuatu tak diingini jadi marah. marah diri sendiri. marah semua orang. padahal salah sendiri. dah buat pilihan maknanya dah fikir masak-masak. segala risiko kalau terjadi apa-apa memang tanggung sendiri. tapi yang peliknya. orang lain pun disalahkannya.

so beringatlah. sebelum buat pilihan. fikir masak-masak. fikir baik buruk. fikir segala risiko. jangan terhantuk baru terngadah. jangan pasal kita salah. orang lain pun jadi mangsa. ingat tu.

Thursday, May 8, 2014

sampai bila ~

Di antara kita akukah yang bersalah
Hinggakan kau pergi tanpa kata-kata
Mungkinkah caraku melukakan hatimu
Maafkanlah daku oh sayangku

Di manakah janjimu itu
Yang kau ingin bersama
Ke manakah kasih sayangmu itu
Yang sedang dilemma rindu

Sampai bilakah aku harus menanti
Sampai bilakah aku harus menagis
Sampai bilakah aku harus menanti dirimu
Sampai bilakah cinta kita begini

Ku mengharapkan kepulanganmu
Ke manakah arah cintamu itu
Yang telah kita bina bersama
Untuk kita berdua

Kembalilah wahai oh sayangku
Ku kirimkan doa dan restu
Kembalilah sayang pada janjimu
Dirimu tetap ku tunggu

Monday, May 5, 2014

kerinduan ~

rindu. subjektif. ya. kenapa aku kata subjektif. rindu tak juga pada manusia. mungkin pada benda. pada binatang. tak tertakhluk pada manusia semata2. ya aku rindu. rindu pada sesuatu.

rindu bertandang mengetuk pintu hati. ingin sekali mengalami pengalaman tu semua. lucky. aku pernah merasai. kaki ni rasa ringan. tangan rasa beralun. kepala rasa nak digoyang2 aka headbanging. ah rindu.

pernah dikutuk dihina dicaci. ya semua tu pernah. gara2 sesuatu. mahu taknya. obses sangat. kawan2 lain tak macam tu pun aku je. pelik jugak rasanya. mereka kata aku kebudak2kan. then kalau kau suka tengok cerita cinta aku kata kau mat jambu. boleh?

tentu sahaja kau bidas aku bukan. ah rindu. sungguh aku rindu. tak dapat guna kasut. guna stokin. tak dapat guna stokin kaki ayam pun jadi lah. kecik jumper kecik shuffler. hahahaha. nama timangan orang kata.

selamat tinggal shuffle. selamat tinggal jumpstyle. aku pergi bukan bermaksud aku tak cinta. aku pergi bukan bermaksud aku tak sayang. cuma aku perlu sesuaikan diri dengan kedewasaan diri. mungkin boleh aku ajar pada generasi yang akan datang.

- aku rindu -