Tuesday, August 26, 2014

wanted things ~

semua ada benda yang mereka nak dalam hidup. kebanyakkannya kebendaan lah. aku pun begitu. tengah pelan2 kayuh. sementara tengah bujang. eloklah bergembira bersama benda. aik. lain macam bunyinya. hehehehe.

yang pertama. a gaming rig. korang tahu apa itu gaming rig. sila google. jangan malas. bagi kaki gamer. rosak gaming rig. dunia gelap tanpa mentari. serupa internet takda semu meroyan. gaming rig keperluan bagi gamer. no awek. no social life. no quality time. no problem. yang penting. gaming rig hidup. gaming rig diberi makan. gaming rig di make up. gaming rig ditatang bagai minyak yang penuh. disayangi, dicintai, dipeluk, dibelai, dimanja oleh seorang gamer. gaming rig memang 1 benda paling penting dalam hidup gamer.

yang kedua. naked bike. ini memang meleleh bak hang. serius. dok terkenang. terbayang. termimpi. hingga terbawa di dalam lena ku. amboi. first naked bike yang aku nak. KTM Duke 200. perghhh. bentuk dia. sexy umpama pelakon hollywood. cantik umpama pelakon melayu. comel umpama pelakon jepun. aummm. yang ni memang aku target gila memandangkan belum buat lagi lesen B full. hehehhee. second naked bike. Kawasaki Z800. kalau Duke 200 sexy. Z800 ni dah tahap bogel habis. body solid. bumper padu. perghhh. bila Z800 ni meluncur kat jalanraya, aku hanya mampu menangis sebab belum mampu memiliki. dia punya bunyi bila. urmmmm. inzal bhai. tapi kena buat lesen B full dulu kalau nak pakai hehehehe.

yang ketiga. rumah. ya. rumah. sebelum aku menamatkan zaman bujang. sebuah tempat berteduh. tempat beristirehat. tempat menghilangkan lelah mengharungi badai asmara. eh. apa kejadahnya asmara segala. hahahhaa. sebelum aku menjemput bakal bidadari dunia aku yang ni aku kena sediakan dulu. aku nak hias mahligai ni. biar bidadari aku tersenyum gembira. biar dia selesa hidup dengan aku. biar dia rasa selamat. biar dia rasa aku bertanggungjawab. ehem sabarlah ya bidadari. kau masih belum ku temui. tapi aku akan sediakan mahligai kita sebelum kita bertemu. insyaAllah.

sekian sahaja 'wanted things' dari aku. kesemuanya keperluan bagi aku. bukan kehendak. korang cakap kehendak aku sepok korang sesekor. ekekekkee. okbai.