Thursday, June 25, 2015

woman always right ~

salam sejahtera mat jambu. ehem. aku terpanggil untuk menulis sepatah dua kata pada tengah malam ini. macam mana aku nak mulakan aku tak pasti. tapi yang pasti aku kena tulis jugak berkenaan dengan 'woman always right'.

first and foremost. pernah tak kamu semua (lelaki) meminta maaf pada perempuan walhal kamu tidak salah? pernah bukan. aku yakin pernah. sebab aku pun pernah buat. tapi akhir-akhir ini semakin banyak keburukkan tentang lelaki terserlah. kenapa? ada sesiapa yang boleh jelaskan pada aku.

mutakhir ini, kemajuan teknologi yang berlaku terlalu pantas orang inggeris cakap 'something that built early than the age', yakni teknologi mendahului zaman. apa sahaja yang kome buat pasti akan tersebar dengan cepat. lagi2 keburukkan si lelaki. baru je tadi aku terbaca 1 artikel pendek berkenaan '10 perkara buruk yang suami patut elakkan'. setiap hari ada sahaja manusia sebarkan keburukkan lelaki, tabiat yang perlu dielakkan oleh lelaki. eh macam2 lah. lantas aku bertanya pada diri aku sendiri. 'apa perempuan ni perfek ke takda buruk langsung?'

sabar. jangan kecam aku dulu. perempuan memang unite bab menghentam kelakuan buruk lelaki dan unite juga membela kelakuan buruk perempuan. eh aku tak paham lah. apa yang perempuan zaman sekarang ni nak. majoriti. MAJORITI semua kata 'ah lelaki semua sama kuat menipu.' habis korang takda yang menipu ke? engkorang takda buat jahat belakang lelaki. kenapa bila perempuan buat salah korang ceghita pasal aib. bila lelaki buat salah korang hentam kaw kaw sek. kenapa?

korang sembang berdegang lelaki itu lelaki ini. habis bila kaum korang sendiri buat salah korang buat tutup mata ceghita pasal aib. aku taknak masukkan bab rumah tangga. tu biau orang yang dah berumah tangga ulas. ni aku nak ceghita pasal diskriminasi gender. perempuan seolah2 menunjukkan mereka ini sempurna dari segala aspek. mereka tidak pernah buat salah. bila mereka salah mereka tuding jari pada lelaki. kenapa tak salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan lelaki.

kenapa susah sangat nak mengaku salah sendiri instead jatuhkan salah tu pada orang lain. aku pernah bertegang urat pasal benda ni. katanya lelaki khalifah lelaki ketua pada perempuan. tapi kalau korang sendiri hati batu, hati keras kalah besi waja apa lagi kami yang lelaki ni nak buat. nasihat berbilion kali pun jenis masuk telinga kanan keluau telinga kir tak dapat apa. buang masa. sebab masalah pada korang sendiri.

bila kami lelaki salahkan perempuan nanti ramai ah datang back up. wth is wrong with this world. nak berceghita pasal aurat. aku jalan tunduk kepala mata lari ke tempat lain bila aku pandang ke depan semula korang macam tu jugak. pakai macam nak bogel. bila kena rogol salahkan lelaki. cakap lelaki binatang. cakap lelaki tak guna. apa benda ni. kenapa tak salahkan diri sendiri. memang dalam al-quran cakap lelaki kena tundukkan pandangan kemudia baru perempuan menutup aurat. aku nak tanya korang zaman serba moden ni kalau buat survey perempuan yang masih punya rasa malu dengan yang tidak mana lagi ramai.

korang nilai sendiri lah perempuan2 di luar sana. pokok takkan bergoyang kalau tidak kerana angin yang meniupnya. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. buah takkan gugur kalau tiada tarikan graviti. berhenti lah dari membebankan lelaki dengan salah yang korang sendiri cipta. belajar menerima kesalahan sendiri. belajar menerima teguran. bukan korang balas 'ah laki pun sama 2x5' 'ini tak boleh ini dah mengaibkan orang'. kalau begitu korang pun sama dengan lelaki2 buaya di luar sana. takda bezanya.

- lone ranger -

Monday, June 22, 2015

speechless ~

awal mula pertama mula. selamat berpuasa bagi kaum muslimin di luar sana. jaga mata, telinga, mulut dan hati anda kalau taknak puasa anda hanya sekadar berlapar dan dahaga sahaja.

aku ada banyak benda nak tulis. sangat banyak. tapi buat pertama kalinya aku tak dapat describe thru writting apa yang aku bayangkan, apa yang aku fikir, apa yang aku niat eh! macam2 lah.

banyak benda yang logik mengikut norma permikiran seorang syafiq. banyak sangat. dari social life membawak ke tempat kerja. everything totally going upside down. okay aku cuba ringkaskan dari awal tahu sehingga ke hari ni.

first. new environment in my workplace. 4 tahun dah aku bermastautin dekat company ni since aku grad. sampai orang kata 'kau memang taknak cari kerja yang kena dengan certificate ke?' kamon bruh. siapa yang taknak. apa yang aku boleh cakap mungkin kat sini rezeki aku untuk 4 tahun ni. 4 tahu akan datang aku tak pasti.

ive been appoint as a clerk in the office. first word in my mind is crazy. dari kerani jualan yang mengadap panas, hujan, debu, habuk kat tepi jalan tu. tetiba je masuk office buat office work. eh seriusly aku tak otak dengan apa yang berlaku.

but. ni semua ada sebab musabab. ada orang yang push ada orang yang dorong. first is my mother. she said 'ah cuba jelah tempat baru. takpa. tak mati kalau mencuba'. lebih kurang gitu ah. okay. i feel strong to face that day when i climb up the stair with my new look. hahahhahahahahhahahahaa. syafiq pakai smart. hahahhahahahaa. sungguh tak otak bruh.

2nd is her. she said 'cuba fikir kebaikkan. new place is new advanture.' lebih kurang gini ah dia kabaukan. okay. i feel 2 times stronger. 2 orang yang mendorong. aku rasa 'okay aku boleh buat. pasti.' first day mengadap komputer rasa macam budak baru belajar guna komputer. hahahahahhaa.

second. her. i dunno what to describe but one word i would say to myself 'you are fckin insane!' hahahhahahahaa. woi. macam mana suatu perasaan yang aku kunci tu boleh datang balik. dah lah berperasaan lepas tu orangnya aku tak pernah jumpa. tak ke gila.

how she come. how that feel occur. tu panjang sangat nak explain. we done our 1st date already. for the first time i saw her, shes kinda cute all the way. the way she talk. the way she act. fuh. i will lose the moon while i counting the star. tak mungkin aku nak lepaskan benda yang already in front my eyes.

before date tu dah macam2 dia racunkan pemikiran aku. cakap benda yang buruk2 tentang diri sendiri. ingat aku nak percaya. kasi tengok dulu muka. bersua untuk 1 hari suntuk baru boleh ceghita. so far kau tipu aku je. takda 1 pun yang betul yang kau cuba sampaikan pada aku tentang diri kau. ahahahahahhahaa.

terketar2 jugak aku 1st date. pakej jumpa mak ayah dia lagi. lagi menggigil. baik aku tak demam je. dengan seluau koyak2. jumpa mak ayah. hadou. but everything goes smooth. i feel comfort till now.

okay cukup ah aku berceloteh untuk setakat ini. tunggu idea baru nak sambung apa yang terbengkalai. see ya!

- pendeta gunung semanggol -

Tuesday, August 26, 2014

wanted things ~

semua ada benda yang mereka nak dalam hidup. kebanyakkannya kebendaan lah. aku pun begitu. tengah pelan2 kayuh. sementara tengah bujang. eloklah bergembira bersama benda. aik. lain macam bunyinya. hehehehe.

yang pertama. a gaming rig. korang tahu apa itu gaming rig. sila google. jangan malas. bagi kaki gamer. rosak gaming rig. dunia gelap tanpa mentari. serupa internet takda semu meroyan. gaming rig keperluan bagi gamer. no awek. no social life. no quality time. no problem. yang penting. gaming rig hidup. gaming rig diberi makan. gaming rig di make up. gaming rig ditatang bagai minyak yang penuh. disayangi, dicintai, dipeluk, dibelai, dimanja oleh seorang gamer. gaming rig memang 1 benda paling penting dalam hidup gamer.

yang kedua. naked bike. ini memang meleleh bak hang. serius. dok terkenang. terbayang. termimpi. hingga terbawa di dalam lena ku. amboi. first naked bike yang aku nak. KTM Duke 200. perghhh. bentuk dia. sexy umpama pelakon hollywood. cantik umpama pelakon melayu. comel umpama pelakon jepun. aummm. yang ni memang aku target gila memandangkan belum buat lagi lesen B full. hehehhee. second naked bike. Kawasaki Z800. kalau Duke 200 sexy. Z800 ni dah tahap bogel habis. body solid. bumper padu. perghhh. bila Z800 ni meluncur kat jalanraya, aku hanya mampu menangis sebab belum mampu memiliki. dia punya bunyi bila. urmmmm. inzal bhai. tapi kena buat lesen B full dulu kalau nak pakai hehehehe.

yang ketiga. rumah. ya. rumah. sebelum aku menamatkan zaman bujang. sebuah tempat berteduh. tempat beristirehat. tempat menghilangkan lelah mengharungi badai asmara. eh. apa kejadahnya asmara segala. hahahhaa. sebelum aku menjemput bakal bidadari dunia aku yang ni aku kena sediakan dulu. aku nak hias mahligai ni. biar bidadari aku tersenyum gembira. biar dia selesa hidup dengan aku. biar dia rasa selamat. biar dia rasa aku bertanggungjawab. ehem sabarlah ya bidadari. kau masih belum ku temui. tapi aku akan sediakan mahligai kita sebelum kita bertemu. insyaAllah.

sekian sahaja 'wanted things' dari aku. kesemuanya keperluan bagi aku. bukan kehendak. korang cakap kehendak aku sepok korang sesekor. ekekekkee. okbai.

Saturday, July 5, 2014

sok sek sok sek ~

tetiba nak berceloteh tentang diri sendiri. rasanya bila dah tak buat benda yang bukan2 ingat persepsi orang boleh berubah. tapi ternyata aku salah. orang tetap taknak bagi peluang.

seolah2 kau buat kesalahan langsung tak minta taubat. sedang Allah menerima taubat seorang mukmin selagi mana matahari belum terbit sebelah barat. inikan pulak manusia yang tak punya kuasa dari Allah.

apa manusia yang berlumpur dengan dosa tak layak diberi peluang ke. apa manusia lain maksum sampai nak ubah persepsi pun dah tak boleh. apa manusia lain tu malaikat yang iman sentiasa menaik.

ubah lah persepsi tu wahai manusia. semua orang berhak dapat peluang. semua berhak dipandang mulia hatta dia seorang kaki melakukan dosa. jika terdetik hatinya untuk bertaubat maka berikanlah dia peluang berbuat kebaikkan.

jangan disebabkan prasangka buruk itu kita ditarik ke neraka jahannam. nauzubillah.

Sunday, May 11, 2014

hujan ~

aku rasa entri ni ada kaitan dengan entri lama. tapi aku nak up jugak.

kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita nak. kadang-kadang benda yang kita pilih. tak mendatangkan hasil. useless. itu memang selalu terjadi bila diberi banyak pilihan. ada benda kita perlu. ada benda kita tak perlu tapi nafsu kata perlu. macam sekarang ni lah. nak rumah lah. nak motor besar lah. nak pc lah. macam-macam nak.

its not about how much u can choose. its about how u choose wisely. how u choose correctly. semua pasal ketepatan dalam pilihan kau. bila kau dah stick dengan sesuatu. kau putuskan untuk berusaha ke arah itu. then go with it. kenapa kau nak kena fikir negatif bila kau dah buat pilihan. manusia selalu macam tu.

manusia selalu tak fikir risiko, baik buruk sebelum buat pilihan. dah buat pilihan tetiba jadi sesuatu tak diingini jadi marah. marah diri sendiri. marah semua orang. padahal salah sendiri. dah buat pilihan maknanya dah fikir masak-masak. segala risiko kalau terjadi apa-apa memang tanggung sendiri. tapi yang peliknya. orang lain pun disalahkannya.

so beringatlah. sebelum buat pilihan. fikir masak-masak. fikir baik buruk. fikir segala risiko. jangan terhantuk baru terngadah. jangan pasal kita salah. orang lain pun jadi mangsa. ingat tu.

Thursday, May 8, 2014

sampai bila ~

Di antara kita akukah yang bersalah
Hinggakan kau pergi tanpa kata-kata
Mungkinkah caraku melukakan hatimu
Maafkanlah daku oh sayangku

Di manakah janjimu itu
Yang kau ingin bersama
Ke manakah kasih sayangmu itu
Yang sedang dilemma rindu

Sampai bilakah aku harus menanti
Sampai bilakah aku harus menagis
Sampai bilakah aku harus menanti dirimu
Sampai bilakah cinta kita begini

Ku mengharapkan kepulanganmu
Ke manakah arah cintamu itu
Yang telah kita bina bersama
Untuk kita berdua

Kembalilah wahai oh sayangku
Ku kirimkan doa dan restu
Kembalilah sayang pada janjimu
Dirimu tetap ku tunggu

Monday, May 5, 2014

kerinduan ~

rindu. subjektif. ya. kenapa aku kata subjektif. rindu tak juga pada manusia. mungkin pada benda. pada binatang. tak tertakhluk pada manusia semata2. ya aku rindu. rindu pada sesuatu.

rindu bertandang mengetuk pintu hati. ingin sekali mengalami pengalaman tu semua. lucky. aku pernah merasai. kaki ni rasa ringan. tangan rasa beralun. kepala rasa nak digoyang2 aka headbanging. ah rindu.

pernah dikutuk dihina dicaci. ya semua tu pernah. gara2 sesuatu. mahu taknya. obses sangat. kawan2 lain tak macam tu pun aku je. pelik jugak rasanya. mereka kata aku kebudak2kan. then kalau kau suka tengok cerita cinta aku kata kau mat jambu. boleh?

tentu sahaja kau bidas aku bukan. ah rindu. sungguh aku rindu. tak dapat guna kasut. guna stokin. tak dapat guna stokin kaki ayam pun jadi lah. kecik jumper kecik shuffler. hahahaha. nama timangan orang kata.

selamat tinggal shuffle. selamat tinggal jumpstyle. aku pergi bukan bermaksud aku tak cinta. aku pergi bukan bermaksud aku tak sayang. cuma aku perlu sesuaikan diri dengan kedewasaan diri. mungkin boleh aku ajar pada generasi yang akan datang.

- aku rindu -

Thursday, February 27, 2014

akan datang.....

menulis tanpa pena kira dah jadi habit sekarang. dulu adalah jugak menulis. tapi tak macam sekarang. boleh kata kerap lah jugak sekarang ni. aku menulis bila aku rasa aku nak menulis. penulisan aku tulus tanpa sebarang sekatan ditambah dengan sedikit kiasan.

ada yang boleh faham gaya penulisan macam ni. ada yang tak faham. ada jugak yang tak faham terus menuduh tanpa mengerti apa yang aku tulis. tapi aku tak kisah. nak maki. nak marah. terpulang pada si pembaca.

'di hujung jalan nanti kau akan tahu kesan ke atas jalan yang kau pilih'. jika hari ini kau memilih untuk malas akan datang kau tak dapat apa-apa hasil. jika hari ini kau memilih untuk bertindak maka akan datang akan adalah hasilnya.

kesilapan aku pada bab pilih memilih ni. kadang-kadang aku rasa aku dah buat pilihan yang betul tapi tak lama lepas tu. timbul banyak masalah. bila terlalu banyak jalan. dan semua jalan hampir sama hasilnya.

tapi aku sendiri tak sedar bila rancangan aku terhadap sesuatu yang aku pilih boleh berubah jadi -ve. kau boleh fahamkan. itulah sebabnya 'kita merancang tuhan menetukan'.

jika hari ini aku merancang untuk bahagia tak mustahil tuhan datangkan masalah dalam jalan aku menempuh bahagia. jika hari ini aku memilih untuk bersedih. tak mustahil tuhan datangkan bahagia di saat kau bersedih.

maka dengan itu, aku, kau, dia dan mereka perlu percaya pada rancangan yang dibuat. usaha dahulu kemudian tawakkal. jika hasilnya bukan seperti yang kau inginkan. maka jangan kau bersedih. sesungguhnya tuhan tak menurunkan dugaan tanpa dapat dibebani oleh hambanya.

-pandangan jauh di kaki langit-

Thursday, January 23, 2014

chapter wahid

dadanya berombak kencang. tercungap-cungap dia mencari nafas. kedua tangannya di anduhkan ke lutut.

"huh huh huh. celaka punya striker. lari macam kena kejau babi hutan".

jalal mengomel sendirian. penjaga gawang menghantar bola kepadanya. jalal melakukan hantaran pendek kepada bek kirinya. jalal berlari melalui celah 2 pemain lawan. bek kirinya melakukan 1 umpanan. jalal mengerah kudrat mudanya mengejar. semakin lama dikejar semakin jauh bola itu dari pandangannya.

"pritttt".

pengadil membunyikan wisel. lontaran ke dalam diberikan kepada pihak lawan. jalal semakin membara. api kemarahannya meluap-luap.

"james! what are you doing? are you fucking crazy pass that ball like that. you're not playing in europe motherfucker!".

herdikan jalal membuatkan james terpinga-pinga. james merupakan pemain import untuk kuantan FAyang dibeli dengan harga 1 juta ringgit malaysia daripada kelab yang berpengkalan di wales iaitu cardiff city. mempunyai kebolehan bertahan, kawalan bola udara serta kepantasan dan staminanya berada dalam keadaan yang sangat baik.

pemain lawan melakukan hantaran silang. pemain sayap saling bertukar-tukar posisi. cuba untuk masuk ke dalam kawasan penalti pasukan kuantan FA. jalal sesekali cuba membentes pemain lawan. tapi acapkali dia diperkotak-katikkan oleh pemain sayap tumpat FC.

jalal menghidu titik buta pemain tengah lawan. 1 terjahan keras tepat mengenai bola. bola telah dipintas dari kaki pemain lawan dan dikawal oleh jalal. jalal melakukan long pass tepat ke arah pemain sayap kanan. dengan sepantas kilat jalal naik ke luar kawasan kotak penalti pemain tumpat FC.

"chandra! chandra!".

jalal menjerit sambil tangannya dikibar2 ke udara. chandra yang mengesan jalal tidak dikawal oleh pemain lawan membuat 1 hantaran silang ke luar kawasan kotak penalti tumpat FC.

"bangsat!".

jalal menjerit. bergema 1 stadium dengan teriakan jalal. bola telah ditanduk keluar dari kawasan kotak penalti oleh pemain lawan. belum sempat jalal menyudahkan lipatan gunting melentingnya, bola telah dipintas oleh 'fullback centre' tumpat FC.

"arghhh! memang bangsat kau bek. kecelakaan akan menimpa mu selapas ini".

jalal mengomel sendirian. memberi amaran kepada pemain lawan di dalam jiwanya.

jalal mengejar pemain tengah lawan yang sedang mengawal bola. hantaran 1 2  dilakukan di antara mereka. jalal tergelincir. namun bangkit. tetapi momentum lariannya sudah berkurangan. jalal ditinggalkan di belakang.

jalal meneruskan larian. mengejar pemain tengah lawan. dia mengesan bola ditolak jauh. 1 terjahan keras dari belakang dilakukan oleh jalal.

"arghhh! celaka. celaka".

pemain tengah tumpat FC memegang buku lalinya. terjahan jalal tidak mengena kepada bola tetapi tepat kepada buku lali pemain lawan. pemain no 10 kuantan FA iaitu jalal melakukannya dengan sengaja. jalal dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan. pemain itu diusung keluar. dia tidak mampu meneruskan perlawanan. kecederaannya serius lalu digantikan dengan pemain gantian yang berada di bangku simpanan.

jalal tersenyum sinis melihat pemain itu diusung keluar.

"ini jalal. legend kuantan FA. api balasnya api. ini 'home' aku. kau bakar aku juga akan bakar'

jalal ketawa kecil. matanya tajam melihat ke arah pintu gol tumpat FC. kali ni dia tak boleh leka lagi. masa permainan hanya kurang dari 5 minit untuk tamat. dia melihat ke papan skor stadium. kelihatan keputusan masih lagi 0 berbalas 0. 1 keluhan kecil singgah di hatinya.

-bersambung-


Wednesday, January 22, 2014

men without a pen

menulis kala duka,
menulis kala sendu,
menulis kala hati gundah gulana,
menulis kala hati berbolak balik,
menulis kala resah gelisah.

aku manusia bukan malaikat jauh sekali kekasih Allah.
aku manusia bukan robot yang tak punya perasaan.
aku manusia dan sekali lagi aku manusia.
tidak terlepas dari dosa yang terpalit di muka.
sebekas lumpur jika dilumur ke seluruh badan tidak mampu menghapus dosaku.
ya Allah. apa aku punya tempat disisimu.
aku hambamu yang seringkali lalai dalam mengingatimu.
aku hambamu yang seringkali alpa dengan fitnah dunia ciptaanmu.
aku hambamu yang seringkali menjadi mangsa kepada nafsu.
apa aku punya tempat disisimu. apa kau masih bisa mengampunku.

-sketsa sang pendosa-

Sunday, January 5, 2014

khabar buruk di pagi hari

apa erti kaya. apa seronoknya jadi kaya. kaya harta. banyak duit. boleh beli rumah besar. kereta besar. motor besar. boleh melancong setiap bulan. nak apa sahaja semua dapat. ada sesiapa boleh bagitahu aku apa perasaan jadi orang kaya dengan duit ni. aku belum mengerti. apa hebatnya orang kaya. apa bagusnya jadi kaya.

orang kaya kata. 'aku banyak duit, aku boleh beli manusia dengan duit'. apakah nilai seorang insan itu hanya setaraf sehelai kertas yang bernot 100, bernot 50. orang kaya suka menindas orang miskin. disepak terajang orang miskin. dimaki hamunnya si miskin. apa si miskin itu tidak punya perasaan. apa si miskin itu tidak punya apa lalu kau boleh lakukan sesuka hati. apa salah si miskin pada kau. walhal sebelum kau kaya kau juga pernah miskin.

ingat si kaya. kau kaya dengan harta tidak pada budi bahasa. kau kaya harta benda tapi jika tidak digunakan untuk jalan-Nya maka kaya mu itu hanya sia-sia. sekalipun kau kaya, kau tak berhak sepak terajang si miskin. kerana kau juga pernah miskin sebelum kaya. kaya harta, kaya budi bahasa. insyaAllah, Allah memberi barakah dalam hidupmu.

-sketsa si kaya dan si miskin-

Tuesday, December 24, 2013

mari belajar bahasa jepun

ohaiyou gozaimas! haaa. penggemar rancangan tv jepun mesti tahu apa maksudnya. so di pagi yang indah ni diselang seli dengan bunyi kokokan ayam jantan aku nak share sesiket ucapan-ucapan seharian dalam bahasa jepun.

ucapan selamat :

#terima kasih - arigatou/doumo ('arigatou' kebiasaanya digunakan untuk ucapan dengan penuh rasa hormat. 'doumo' pulak untuk perkara atau hal yang kecik)

#sama-sama - doi tashi mashitte

#selamat pagi - ohaiyou gozaimas

#selamat tengahari -konichiwaa (kebiasaannya konichiwa digunakan untuk menyapa seseorang/sekumpulan. lebih kurang macam hello,hai,woi ha gitu lah)

#selamat petang - konbanwa

#selamat malam - oyasumi nasai

#selamat tinggal - sayonara (kebiasaannya sayonara digunakan apabila hendak berpisah dalam tempoh masa yang lama. dan mungkin kita susah nak berjumpa lagi dengan seseorang/sekumpulan. dia macam kita ucap selamat tinggal with an honour lah)

#selamat jalan/hati-hati/selamat tinggal - ki wo tsukette (kebiasaannya digunakan kalau seseorang/sekumpulan nak keluar pergi kerja, sekolah dsb.)

#selamat pulang - okaeri (kebiasaanya ucapan ni digunakan untuk seseorang yang kembali dari tempat yang dia tuju. macam dia keluar dari rumah keluar ke mana-mana then dia balik ke rumah semula)

lain-lain ucapan :

#saya pergi dulu - ittekimasu (kebiasaannya kita ucap benda ni kalau kita nak keluar rumah ke. atau lepas jumpa seseorang/sekumpulan)

#selamat jalan - itterashai (kebiasaannya kita ucap bila seseorang yang kita jumpa tu nak pergi ke tempat lain. atau macam kita nak keluar dari rumah kita sebut 'ittekimas'. orang dalam rumah akan sebut 'itterashai')

#saya dah balik/pulang- tadaimaa

tu jelah sesiket yang aku tahu based on observation dari anime,blogwalking,usya laman web. kalau ada salah mohon lah diperbetulkan. arigatou kozaimasta! ^_^

Sunday, December 22, 2013

denai kehidupan

pagi yang hening. ditemani kicauan unggas. kokokan ayam sekali sekala sahut sahutan. mata dicelikkan. lantas syukur diucapkan. manusia pendosa masih mampu bernafas. masih mampu mencelikkan mata sesudah tidur yang lena. apakah Maha Pencipta ingin menduga. apakah ini istidraj. manusia pendosa itu bermonolog. seharian manusia pendosa ini bernafas, dia masih lagi melanggar perintah-Nya. apakah dia tidak takut pada azab dunia. apakah dia tidak takut pada azab akhirat. jawapannya tidak. dia takut. disebabkan kerapuhan iman. disebabkan nafsu yang tak terbendung. benteng imannya runtuh. saban hari dia merenung jauh. apakah dia akan diampunkan. Ya Allah. sesungguhnya dia tidak punya jawapan. saban hari dia melakukan dosa. saban hari juga dia memohon keampunan. kadangkala terdetik di hati kecil ini perasaan malu. ya malu. berapa ramai manusia telah dia goda untuk membuat kejahatan bersamanya. dia minta maaf pada kalian. sesungguhnya syaitan telah menggodanya. benteng imannya runtuh. Ya Allah. sesungguhnya manusia pendosa ini mahu berubah. berikan manusia pendosa ini kekuatan untuk berubah. tetapkanlah hati manusia pendosa ini kepada-Mu Ya Rabb. manusia pendosa ini memohon keberkatan hidup dari-Mu. manusia pendosa ini ingin bahagi dalam hidupnya Ya Rabb. ampunkanlah dosa manusia ini. ampunkanlah dosa orang yang dia sayangi. ampunkanlah dosa manusia yang telah dia pengaruhi untuk membuat kejahatan. sesungguhnya manusia pendosa ini ingin istiqomah di jalan-Mu. selagi mana Kau memberinya waktu untuk bertaubat.

-manusia pendosa-

Monday, September 17, 2012

hati ini telah mati ~

hati ini telah mati,,
yang mati tidak akan kembali,,
berdoa agar hati ini kembali pulih,,
dari segala hasutan duniawi,,
terima kasih kerana sudi,,
aku terhutang budi dan tak mungkin dapat
ku balas sehingga mati,,
akan ku biarkan kenangan itu melekat di sanubari,,
tetapi bukan di tempat yang teratas lagi,,
sudah ku simpan dan ku kunci,,
di suatu sudut yang tidak akan ku lihat lagi ~