Thursday, June 25, 2015

woman always right ~

salam sejahtera mat jambu. ehem. aku terpanggil untuk menulis sepatah dua kata pada tengah malam ini. macam mana aku nak mulakan aku tak pasti. tapi yang pasti aku kena tulis jugak berkenaan dengan 'woman always right'.

first and foremost. pernah tak kamu semua (lelaki) meminta maaf pada perempuan walhal kamu tidak salah? pernah bukan. aku yakin pernah. sebab aku pun pernah buat. tapi akhir-akhir ini semakin banyak keburukkan tentang lelaki terserlah. kenapa? ada sesiapa yang boleh jelaskan pada aku.

mutakhir ini, kemajuan teknologi yang berlaku terlalu pantas orang inggeris cakap 'something that built early than the age', yakni teknologi mendahului zaman. apa sahaja yang kome buat pasti akan tersebar dengan cepat. lagi2 keburukkan si lelaki. baru je tadi aku terbaca 1 artikel pendek berkenaan '10 perkara buruk yang suami patut elakkan'. setiap hari ada sahaja manusia sebarkan keburukkan lelaki, tabiat yang perlu dielakkan oleh lelaki. eh macam2 lah. lantas aku bertanya pada diri aku sendiri. 'apa perempuan ni perfek ke takda buruk langsung?'

sabar. jangan kecam aku dulu. perempuan memang unite bab menghentam kelakuan buruk lelaki dan unite juga membela kelakuan buruk perempuan. eh aku tak paham lah. apa yang perempuan zaman sekarang ni nak. majoriti. MAJORITI semua kata 'ah lelaki semua sama kuat menipu.' habis korang takda yang menipu ke? engkorang takda buat jahat belakang lelaki. kenapa bila perempuan buat salah korang ceghita pasal aib. bila lelaki buat salah korang hentam kaw kaw sek. kenapa?

korang sembang berdegang lelaki itu lelaki ini. habis bila kaum korang sendiri buat salah korang buat tutup mata ceghita pasal aib. aku taknak masukkan bab rumah tangga. tu biau orang yang dah berumah tangga ulas. ni aku nak ceghita pasal diskriminasi gender. perempuan seolah2 menunjukkan mereka ini sempurna dari segala aspek. mereka tidak pernah buat salah. bila mereka salah mereka tuding jari pada lelaki. kenapa tak salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan lelaki.

kenapa susah sangat nak mengaku salah sendiri instead jatuhkan salah tu pada orang lain. aku pernah bertegang urat pasal benda ni. katanya lelaki khalifah lelaki ketua pada perempuan. tapi kalau korang sendiri hati batu, hati keras kalah besi waja apa lagi kami yang lelaki ni nak buat. nasihat berbilion kali pun jenis masuk telinga kanan keluau telinga kir tak dapat apa. buang masa. sebab masalah pada korang sendiri.

bila kami lelaki salahkan perempuan nanti ramai ah datang back up. wth is wrong with this world. nak berceghita pasal aurat. aku jalan tunduk kepala mata lari ke tempat lain bila aku pandang ke depan semula korang macam tu jugak. pakai macam nak bogel. bila kena rogol salahkan lelaki. cakap lelaki binatang. cakap lelaki tak guna. apa benda ni. kenapa tak salahkan diri sendiri. memang dalam al-quran cakap lelaki kena tundukkan pandangan kemudia baru perempuan menutup aurat. aku nak tanya korang zaman serba moden ni kalau buat survey perempuan yang masih punya rasa malu dengan yang tidak mana lagi ramai.

korang nilai sendiri lah perempuan2 di luar sana. pokok takkan bergoyang kalau tidak kerana angin yang meniupnya. bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. buah takkan gugur kalau tiada tarikan graviti. berhenti lah dari membebankan lelaki dengan salah yang korang sendiri cipta. belajar menerima kesalahan sendiri. belajar menerima teguran. bukan korang balas 'ah laki pun sama 2x5' 'ini tak boleh ini dah mengaibkan orang'. kalau begitu korang pun sama dengan lelaki2 buaya di luar sana. takda bezanya.

- lone ranger -

0 comments:

Post a Comment