Sunday, December 22, 2013

denai kehidupan

pagi yang hening. ditemani kicauan unggas. kokokan ayam sekali sekala sahut sahutan. mata dicelikkan. lantas syukur diucapkan. manusia pendosa masih mampu bernafas. masih mampu mencelikkan mata sesudah tidur yang lena. apakah Maha Pencipta ingin menduga. apakah ini istidraj. manusia pendosa itu bermonolog. seharian manusia pendosa ini bernafas, dia masih lagi melanggar perintah-Nya. apakah dia tidak takut pada azab dunia. apakah dia tidak takut pada azab akhirat. jawapannya tidak. dia takut. disebabkan kerapuhan iman. disebabkan nafsu yang tak terbendung. benteng imannya runtuh. saban hari dia merenung jauh. apakah dia akan diampunkan. Ya Allah. sesungguhnya dia tidak punya jawapan. saban hari dia melakukan dosa. saban hari juga dia memohon keampunan. kadangkala terdetik di hati kecil ini perasaan malu. ya malu. berapa ramai manusia telah dia goda untuk membuat kejahatan bersamanya. dia minta maaf pada kalian. sesungguhnya syaitan telah menggodanya. benteng imannya runtuh. Ya Allah. sesungguhnya manusia pendosa ini mahu berubah. berikan manusia pendosa ini kekuatan untuk berubah. tetapkanlah hati manusia pendosa ini kepada-Mu Ya Rabb. manusia pendosa ini memohon keberkatan hidup dari-Mu. manusia pendosa ini ingin bahagi dalam hidupnya Ya Rabb. ampunkanlah dosa manusia ini. ampunkanlah dosa orang yang dia sayangi. ampunkanlah dosa manusia yang telah dia pengaruhi untuk membuat kejahatan. sesungguhnya manusia pendosa ini ingin istiqomah di jalan-Mu. selagi mana Kau memberinya waktu untuk bertaubat.

-manusia pendosa-

0 comments:

Post a Comment