Thursday, January 23, 2014

chapter wahid

dadanya berombak kencang. tercungap-cungap dia mencari nafas. kedua tangannya di anduhkan ke lutut.

"huh huh huh. celaka punya striker. lari macam kena kejau babi hutan".

jalal mengomel sendirian. penjaga gawang menghantar bola kepadanya. jalal melakukan hantaran pendek kepada bek kirinya. jalal berlari melalui celah 2 pemain lawan. bek kirinya melakukan 1 umpanan. jalal mengerah kudrat mudanya mengejar. semakin lama dikejar semakin jauh bola itu dari pandangannya.

"pritttt".

pengadil membunyikan wisel. lontaran ke dalam diberikan kepada pihak lawan. jalal semakin membara. api kemarahannya meluap-luap.

"james! what are you doing? are you fucking crazy pass that ball like that. you're not playing in europe motherfucker!".

herdikan jalal membuatkan james terpinga-pinga. james merupakan pemain import untuk kuantan FAyang dibeli dengan harga 1 juta ringgit malaysia daripada kelab yang berpengkalan di wales iaitu cardiff city. mempunyai kebolehan bertahan, kawalan bola udara serta kepantasan dan staminanya berada dalam keadaan yang sangat baik.

pemain lawan melakukan hantaran silang. pemain sayap saling bertukar-tukar posisi. cuba untuk masuk ke dalam kawasan penalti pasukan kuantan FA. jalal sesekali cuba membentes pemain lawan. tapi acapkali dia diperkotak-katikkan oleh pemain sayap tumpat FC.

jalal menghidu titik buta pemain tengah lawan. 1 terjahan keras tepat mengenai bola. bola telah dipintas dari kaki pemain lawan dan dikawal oleh jalal. jalal melakukan long pass tepat ke arah pemain sayap kanan. dengan sepantas kilat jalal naik ke luar kawasan kotak penalti pemain tumpat FC.

"chandra! chandra!".

jalal menjerit sambil tangannya dikibar2 ke udara. chandra yang mengesan jalal tidak dikawal oleh pemain lawan membuat 1 hantaran silang ke luar kawasan kotak penalti tumpat FC.

"bangsat!".

jalal menjerit. bergema 1 stadium dengan teriakan jalal. bola telah ditanduk keluar dari kawasan kotak penalti oleh pemain lawan. belum sempat jalal menyudahkan lipatan gunting melentingnya, bola telah dipintas oleh 'fullback centre' tumpat FC.

"arghhh! memang bangsat kau bek. kecelakaan akan menimpa mu selapas ini".

jalal mengomel sendirian. memberi amaran kepada pemain lawan di dalam jiwanya.

jalal mengejar pemain tengah lawan yang sedang mengawal bola. hantaran 1 2  dilakukan di antara mereka. jalal tergelincir. namun bangkit. tetapi momentum lariannya sudah berkurangan. jalal ditinggalkan di belakang.

jalal meneruskan larian. mengejar pemain tengah lawan. dia mengesan bola ditolak jauh. 1 terjahan keras dari belakang dilakukan oleh jalal.

"arghhh! celaka. celaka".

pemain tengah tumpat FC memegang buku lalinya. terjahan jalal tidak mengena kepada bola tetapi tepat kepada buku lali pemain lawan. pemain no 10 kuantan FA iaitu jalal melakukannya dengan sengaja. jalal dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan. pemain itu diusung keluar. dia tidak mampu meneruskan perlawanan. kecederaannya serius lalu digantikan dengan pemain gantian yang berada di bangku simpanan.

jalal tersenyum sinis melihat pemain itu diusung keluar.

"ini jalal. legend kuantan FA. api balasnya api. ini 'home' aku. kau bakar aku juga akan bakar'

jalal ketawa kecil. matanya tajam melihat ke arah pintu gol tumpat FC. kali ni dia tak boleh leka lagi. masa permainan hanya kurang dari 5 minit untuk tamat. dia melihat ke papan skor stadium. kelihatan keputusan masih lagi 0 berbalas 0. 1 keluhan kecil singgah di hatinya.

-bersambung-


0 comments:

Post a Comment