Sunday, January 5, 2014

khabar buruk di pagi hari

apa erti kaya. apa seronoknya jadi kaya. kaya harta. banyak duit. boleh beli rumah besar. kereta besar. motor besar. boleh melancong setiap bulan. nak apa sahaja semua dapat. ada sesiapa boleh bagitahu aku apa perasaan jadi orang kaya dengan duit ni. aku belum mengerti. apa hebatnya orang kaya. apa bagusnya jadi kaya.

orang kaya kata. 'aku banyak duit, aku boleh beli manusia dengan duit'. apakah nilai seorang insan itu hanya setaraf sehelai kertas yang bernot 100, bernot 50. orang kaya suka menindas orang miskin. disepak terajang orang miskin. dimaki hamunnya si miskin. apa si miskin itu tidak punya perasaan. apa si miskin itu tidak punya apa lalu kau boleh lakukan sesuka hati. apa salah si miskin pada kau. walhal sebelum kau kaya kau juga pernah miskin.

ingat si kaya. kau kaya dengan harta tidak pada budi bahasa. kau kaya harta benda tapi jika tidak digunakan untuk jalan-Nya maka kaya mu itu hanya sia-sia. sekalipun kau kaya, kau tak berhak sepak terajang si miskin. kerana kau juga pernah miskin sebelum kaya. kaya harta, kaya budi bahasa. insyaAllah, Allah memberi barakah dalam hidupmu.

-sketsa si kaya dan si miskin-

0 comments:

Post a Comment