Monday, May 5, 2014

kerinduan ~

rindu. subjektif. ya. kenapa aku kata subjektif. rindu tak juga pada manusia. mungkin pada benda. pada binatang. tak tertakhluk pada manusia semata2. ya aku rindu. rindu pada sesuatu.

rindu bertandang mengetuk pintu hati. ingin sekali mengalami pengalaman tu semua. lucky. aku pernah merasai. kaki ni rasa ringan. tangan rasa beralun. kepala rasa nak digoyang2 aka headbanging. ah rindu.

pernah dikutuk dihina dicaci. ya semua tu pernah. gara2 sesuatu. mahu taknya. obses sangat. kawan2 lain tak macam tu pun aku je. pelik jugak rasanya. mereka kata aku kebudak2kan. then kalau kau suka tengok cerita cinta aku kata kau mat jambu. boleh?

tentu sahaja kau bidas aku bukan. ah rindu. sungguh aku rindu. tak dapat guna kasut. guna stokin. tak dapat guna stokin kaki ayam pun jadi lah. kecik jumper kecik shuffler. hahahaha. nama timangan orang kata.

selamat tinggal shuffle. selamat tinggal jumpstyle. aku pergi bukan bermaksud aku tak cinta. aku pergi bukan bermaksud aku tak sayang. cuma aku perlu sesuaikan diri dengan kedewasaan diri. mungkin boleh aku ajar pada generasi yang akan datang.

- aku rindu -

0 comments:

Post a Comment